Tuesday 13 March 2012

Berita Semasa BADAR


Alhamdulillah....selepas mesyuarat mingguan ahli jawatankuasa badar yang lepas, kami telah membincangkan beberapa program yg akan diadakan selepas cuti Mac ini dan alhamdulillah beberapa kertas kerja program tersebut telah pun siap dan yang lain masih dalam proses dan insyaallah akan berjalan dengan lancar untuk langkah seterusnya....Antaranya :

1) Program Kem Ibadah
2) Slot Bersama Badar 2012
3) Night Walk
4) Bual Bicara Palajar INTEK 2012

* nama program tertakluk pada sebarang pindaan

Diharapkan dengan adanya beberapa program pengisian rohani ini dapat melahirkan para pelajar INTEK yang beriman dan bertaqwa kepada Allah...Diharapkan juga semua muslimin dan muslimat INTEK dapat memberi kerjasama dan sokongan atas program yang dirancang,insyaallah.


Wednesday 25 January 2012

Kalam Syabab Sesi 2012 Bermula....

Assalamualaikum w.b.t.

Diumumkan program Kalam Syabab sesi 2012 akan bermula selepas cuti tahun baru cina ini.
5 Ibnu Sina merupakan kelas bertuah yang akan memulakan program ini.Kita mendoakan agar
program ini dijalankan dengan sempurna dan baik.

Peringatan untuk pelajar yang terlibat,pastikan anda berada dalam keadaan yang bersedia.

Sekian,terima kasih..
Wassalam.




Monday 26 December 2011

Dedikasi Buat Warga Badar INTEK 2012

Bismillahirrahmanirrahim.
Wassolatu wassalamu 'ala Rasulillah Wa 'ala Alihi Wa Sohbihi Ajma'ien.

Alhamdulillah.

Sebagai permulaan, ana mewakili jawatankuasa BADAR 2012 mengucapkan jutaan tahniah dan syabas kepada pihak berkenaan, yang telah bertungkus lumus membina dan menjayakan malah merealisasikan keputusan mesyuarat kita semua dengan membina satu blog rasmi untuk Badan Da'wah & Rohani INTEK 2012.

Saya, Azimuddin tidak mahu memanjangkan kalam dan berdoa semoga dengan adanya blog ini, ukhuwwah antara kita semakin terjalin dan bersama sama kita menyebarkan da'wah dalam kaedah ber-blog pula.

Sekian, wassalam.
Salam perjuangan.

=)